Mahallah Aisyah


 
Kisah Hantu Mahallah Aisyah

salam semua.

kepada semua. terutamanya kepada budak budak CFS IIUM Petaling Jaya. aku ada cerita nak kongsi kepada korang. cerita ni mungkin sebelum ni memang aku tak pernah kongsi dalam blog ni. tapi entah kenapa malam ni aku rasa lain. lagipun kisah ni lebih baik kalau first year yang baru masuk pun sama sama tahu. so aku rasa lebih baik aku cerita sekarang.



Mahallah Umar Al-Khattab 2. ataupun UKC 2. ataupun lebih famous dengan gelaran Mahallah Aisyah. nama macam mahallah perempuan kan? tapi penghuninya semua lelaki sekarang. ini penghuni dalam bilik ye. tidak termasuk bilik-bilik untuk mak cik dan akak-akak cleaner. kenapa nama mahallah perempuan tapi penghuninya lelaki? yup. tepat sekali apa yang ada dalam otak korang sekarang. memang dulu ini mahallah perempuan. tapi tapi kenapa sekarang jadi mahallah lelaki? ada kisah di sebalik kejadian ini.

korang semua perasan tak? antara semua 6 mahallah, mahallah Aisyah la yang paling dull. bila nampak dari luar, bak kata orang "macham takde nur je tempat ni". haaa. lebih kurang camtu la. macam gelap semacam je. padahal bila tengok dua mahallah di sekitarnya iaitu Mahallah Abu Bakar dengan Mahallah Zainab Al-Jahsy elok je terang benderang walaupun waktu malam. tidakkah korang tertanya mengapa? yup. dan kalau korang semua perasan jugak, mahallah Aisyah jugak satu-satunya mahallah yang ada pagar mengelilingi kawasan mahallah kecuali gate entrance depan mahallah Abu Bakar. tak macam ABC yang banyak sangat tangga entrance. bukan macam UKC yang takde pagar langsung sebab memang ada dalam CFS. mahallah lain pun sama. pelik bukan? macam mahallah Aisyah dipisahkan dari CFS.



banyak aku dengar pengalaman senior-senior tapi aku takde la percaya sangat. okay. aku bukan nak cerita pasal hantu mak cik karipap. aku rasa sini takde kot. abang-abang senior yang datang jual sosej malam-malam sem lepas ada la kot. tapi tu bukan hantu la. diorang cari duet halal. tapi aku nak cerita pasal situasi yang terjadi kat sini. kalau korang pernah menjadi berani macam aku la kan, korang pernah tak jalan-jalan sekitar mahallah Aisyah pada waktu malam? tu korang jawab sendiri. aku pernah jalan.

aku tinggal dulu kat second floor. aku pernah jalan masa tu nak turun pegi bilik member aku kat tingkat satu. aku lalu ikut tangga hujung. tangga yang dekat dengan pondok guard. masa aku lalu kat situ, aku terdengar satu suara. serius. aku tak pekak lagi. suara tu datang dari tingkat tiga. masa tu dah pukul 3 pagi kot. kenapa ada suara pelik pulak kat tangga time-time camni kan. aku pun naik la slow-slow ke atas. sambil mengintai la sikit-sikit kan. mana tahu kalau jadi pape senang la aku lari terus. aku naik lagi dan akhirnya aku ternampak satu lembaga. lembaga tu tengah senyum dan gelak sorang-sorang. aku tak tipu. aku nampak sendiri. aku pun apa lagi mengangkat langakah dua ribu secepat mungkin. ye la. nak turun tingkat satu dari tingkat tiga kena la double-kan langkah tu kan.


aku sampai kat bilik member aku dengan keadaan berpeluh. bila dia tanya kenapa, aku hanya gelengkan kepala je. lepas settle hal dengan member aku, aku nak naik la balik ke bilik aku. aku guna tangga hujung belah sana pulak. sanggup. sebab tak nak dengar dah lembaga tu ketawa mengekek camtu. seram bulu tengkok mak you all. huhu. tapi bila aku pijak je kaki kat anak tangga pertama, aku dah bau lain macam. bau yang sangat lah busuk. dalam hati aku dah fikir, "lembaga apa pulak yang busuk camni nih". dan aku nampak asap dari tingkat atas dengan jelas walaupun dalam gelap. tapi aku nekad untuk lari meredah asap tersebut. aku pun lari sekuat-kuatnya. semakin lama aku lari, semakin kuat bau busuk tersebut. aku tetap lari sampai ke bilik. aku memang taknak tengok pape makhluk yang mengeluarkan bau busuk tersebut.

itu pengalaman aku. pengalaman senior lain pulak. pengalaman kitorang lain pulak. kalau sem-sem lepas selalu je terjadi kes histeria kat mahallah ni. kalau korang tak percaya cuba stay up sampai dua atau tiga pagi. masa tu korang akan terdengar satu laungan yang amat lah kuat. dan laungan itu akan mempengaruhi penghuni yang lain. laungan-laungan itu bersahutan dan meriuh-rendahkan suasana kat mahallah ni. dalam keadaan kurang sedar masa tengah histeria tu kan, macam-macam perkataan la yang terkeluar. tapi agak pelik sebab riuh rendah ni biasanya hanya berlanjutan selama 10 minit sahaja. pelik kan? setiap kali sampai satu masa area midnight je mesti keluar jeritan-jeritan orang terkena histeria.


ini baru sikit la. kalau korang seorang junior, mesti korang pelik kan kenapa tingkat empat sangat suram. tu pun kalau korang pernah naik la. dan kenapa ada certain tandas orang memang tak pakai langsung. kenapa banyak cermin dalam tandas ada rekahan ataupun pecah. kenapa ada bilik-bilik yang masih kosong tanpa penghuni. dan yang paling terang lagi nyata, kenapa kafe kat mahallah Aisyah tak buka? pelik bukan? banyak sungguh persoalan yang keluar berkaitan mahallah Aisyah ni. misteri nusantara sungguh. hmm.

aku sebenarnya tak tahu kenapa aku cerita pasal ni kat korang. mungkin sebab aku cam geli giler dengar orang bergayut dengan awek dia kat area ni. tak pun aku meluat jugak dengan orang yang suka suki hisap rokok kat kawasan ni. smoking dalam bilik suda laa. takyah kacau orang lain. ooooppppsss. takpe la. yang penting korang jangan lupa baca doa banyak-banyak. baca Al-Quran jugak. banyakkan amal. insyaAllah Allah lindung daripada segala kemungkinan yang tak baik.





jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri
yours truly,
 
Sumber

Lebih baru Lebih lama